Saturday, December 18, 2010

AKHIRNYA KEBENARAN MUNCUL JUGA

Setahun yang lalu, aku menyaksikan keperitan seorang sahabat yang bermati matian mempertahankan TGNA dan menantunya, Hj Ariffahmi. Hanya beliau yang bersungguh sungguh membela dan memberikan ruang kepada kedua dua insan ini untuk menjawab segala fitnah yang dimainkan di media baik media arus perdana mahupun media alternatif.

Ramai yang memandang serong kepada sahabatku ini kerana bloggers yang lain ketika itu berada di pihak yang tidak berpihak kepada TGNA dan Hj Ariffahmi. Lebih malang lagi, ada bloggers mewujudkan blog khusus untuk menghentam bloggers yang menjadi sahabatku ini. Ketika itu, nilai persahabatan di kalangan bloggers ibarat sudah tidak wujud lagi gara gara keghairahan mahu memenangi hati pihak yang menentang TGNA dan Hj Ariffahmi.

Bloggers menjadikan TGNA dan Hj Ariffahmi sebagai punching bag yang empuk yang dibedal bertalu talu daripada setiap sudut. Rasanya tidak perlu untuk disebut satu persatu nama bloggers yang menjuarai fitnah ini. Cukup sekadar menyebutkan kumpulan Bloggers Celaka ini berkokok siang malam. Malah, ada bloggers di Kelantan sanggup menjadi broker untuk mempertemukan Hj Ariffahmi dengan para bloggers yang berpengkalan di KL. Kononnya mahu mewujudkan jaringan sokongan kepada Hj Ariffahmi dan TGNA. Akhirnya, terdedah juga warna sebenar bloggers berkelulusan Jordan itu. Beliau merupakan Abdullah ibn Ubay dalam konteks Kelantan ketika itu.

Aahh....cukup sekadar itu aku mengimbas memori lalu. Kebenaran sudah terserlah. TGNA dan Hj Ariffahmi bebas daripada rasuah. Kepada bloggers yang bersemangat tinggi menghentam TGNA dan Hj Ariffahmi setahun lalu, anda semua tidak terfikir untuk memohon maafkah? Kenapa tidak ghairah menyiarkan berita "pembersihan TGNA dan Hj Ariffahmi oleh SPRM" sebagai tajuk besar di blog anda seghairah anda "menenlanjangkan" kedua insan ini setahun yang lalu?

Kotornya kalian. Sekotor dan sejijik bloggers gerombolan. Malah, lebih hina daripada bloggers gerombolan.

Buat sahabatku, Pemburu Syahid. Tahniah kerana anda benar walaupun anda keseorangan berjuang. Pedulikan apa kata manusia sekelilingmu. Allah swt Maha Mengetahu dan Allah swt lebih mengenalimu berbanding manusia bernafsu serakah ini.

Di mana anda? Kembalilah ke dunia penulisan dengan lebih tegas, pedas dan tajam. PAS semakin menuju kejatuhan angkara tangan tangan jahat agen musuh dalam selimut.

No comments:

Post a Comment